Monday, March 7, 2011

SEJARAH PENUBUHAN TABIKA

Tabika KEMAS Kg.Petaseh di tubuhkan pada 1982.Tujuan tabika ini ditubuhkan adalah bagi merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak di luar bandar.
    Pada masa itu,Pemaju Masyarakat yang bertugas adalah Pn.Nor Shima Bt Saris,dibantu oleh Pn Norlia Bt Saari seramai 14 orang kanak-kanak.Pada awalnya tabika ini beroperasi di Balairaya.Memandangkan kesulitan yang berlaku pada tahun 1986,atas usaha Tn.Hj Omar selaku ketua kampung,balairaya ditambah ruang khas untuk aktiviti di tabika.
    Pada tanggal 2hb Januari 2009,diatas usaha dan jasa baik Ketua kampung,En.Abdul Rani B. Daud beliau telah memohon daripada Pejabat Daerah Jelebu bagi memberi tapak balairaya itu khas bagi membina bangunan Tabika KEMAS yang baru dengan kemudahan yang lengkap dan selesa.
    Sekarang dengan adanya tabika yang baru ini akan dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan kanak-kanak di Kg.Petaseh.
 

No comments:

Post a Comment